Tuesday, December 20, 2016

Drama ft Dur Thani vs Movie


Dear Syafawi & Tahriri,

You're definitely not gonna stress me out, okay?



Exam final sem memang menghampakan hm Ya, macam biasa aku tak boleh jawab dengan jayanya. Subjek apa ? Semestinya subjek yang dibenci oleh pelajar walaupun tiap-tiap hari baca haha . Bukan benci tapi, ntah la nak. Harapnya tak Dur Thani.

ツ Dur Thani aka exam ulangan シ Tahriri aka exam quran yang jenis tulis tulis tu
シ Syafawi aka exam quran lisan yang perlu jawab segala soalan tebuk yang kita hapai gais😢

Seminggu sebelum exam aku hanya mengulang yang spot atau dikenali ayat famous 😔 Tapi habuk pun takda dalam soalan yang aku dapat tu. Majoriti kawan aku yang lain pun cakap tahun ni dah start tebuk yang mana dia suka. Of course lah tak sempat kalau seminggu je nak iadah(baca:mengulang)



Because of that, I really in need to take a break, to flush out the stress away, and to relax my mind and body. But how?






One Utama 


Rainforest 1 Utama

Lepas je jawab soalan last paper terakhir tu, aku keluar dewan dan bersiap nak pegi 1 Utama. Sebenarnya tak nak pegi 1 Utama, tapi bila Perdana Menteri kesayangan Malaysia umum Mrt dah rasmi + free untuk sebulan + free shuttle bus ke 1 Utama, so apa lagi aku(baca:3org lagi kawan) pegi naik Mrt Sg buloh memandang aku naik ktm dari Kuala Kubu Bharu ke Ktm Sg.Buloh.



Mrt Sg.Buloh > Mrt Bandar Utama


Lebih selesa cepat dan luas


Mass Rapid Transit 

Mrt ni sangat bagus sebab kekerapan untuk sesebuah train yang lain sampai hanyalah 2 minit.Maksudnya kalau terlepas train pun takdalah kita kena tunggu setengah jam atau lebih lagi macam ktm.

Luas dan selesa. Ya, memang luas dan semestinya moden. Tak macam lrt yang gerabaknya agak pendek dan ruang yang sempit. Mrt jugak ada penunjuk destinasi berkomputer yang memudahkan foreigner terutamanya untuk mengetahui destinasi yang bakal mereka tiba daripada melihat peta yang ditampal di atas pintu pintu macam Lrt. Kan ?


Ruang legar di Mrt Sg.Buloh mcm train to Busan.



Pemandangan dari atas



Rainforest

Rainforest pun satu masalah. Nak pegi sana punyalah semangat tapi cari tempat tu tak jumpa.  Jadi aku dan angkatan pegi main bowling dulu sebelum cari balik Rainforest yang menghilang 😔

Aku menang 2 game. Yeah !



Mungkin kali ni point aku berterabur. Biarkan ja berterabur sebab idea aku pun tengah berterabur sekarang. Ikut sedap hati ja tulis entri kali ni.

Jappp !
.
.

Sebelum aku terlupa, nasihat aku kalau nak pegi 1 Utama terutamanya naik Mrt, nanti kalau nak balik dari 1 Utama ke Stesen Mrt berdekatan, untuk memudahkan perjalanan sebaiknya naik Teksi@ Uber@Grabcar. Sebab bas yang Mrt punya kadang kadang ada dan takda. So nanti takdalah yang jenis cepat menggelabah tu nak menggelabah sangat.



LAST

Aku sebagai senior SM Imtiaz Besut ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat junior junior yang telah mengharumkan nama sekolah dalam exam PT3 baru baru ni. 100% lulus untuk 3 tahun dan harini dah masuk paper.

 Tahniah sekali lagi. Harapnya SPM tahun ni pun dapat result gempak macam senior senior sebelum ni huh walaupun soalan dan format agak berbeza daripada sebelum ni. Tapi tu tak menjadi halangan untuk membuktikan kalian berjaya bahkan satu peluang untuk menunjukkan kejayaan kepada guru guru dan ibubapa bahawa Spm Warriors tahun ni tak terkesan dengan apa apa ujian oleh KPM yang sangat baik hati tu ye !

Takpa, perjalanan baru bermula. Banyak lagi langkah langkah yang perlu buat untuk capai kejayaan. Sesungguhnya kejayaan akhirat yang kita cari, bukan begitu ? cehh




Pengumuman PT3





.
.
.

Setakat ni dulu entri kali ni. Aku rasa cuti sem ni aku nak review banyakk dan banyakk tentang buku serta movie dan drama yang aku tengok. Tu pun kalau aku rasa rajin nak karang entri hehe

dan

Korang cuti buat apa ? 😏














2 comments:

  1. senior, doakan result kami. bittaufiq wannajah jugak untuk imtihan anda. pergh wafiyy, cayaaalah.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy