Sunday, October 16, 2016

Park Shin Hye in Malaysia

Assalamualaikum dunia !

Lebih kurang sebulan aku tak update blog ni. Sebab ? tak payah tahu kot.

Macam biasa, setiap hari aku akan scroll semua news feeds di media sosial ; instagram,facebook,wechat,twitter dan lain lain. Bukan takda kerja nak buat, tapi mungkin dah tabiat sebelum kelas atau lepas kelas mesti nak scroll semua benda alah tu. Kadang tu dalam kelas pun main lagi benda ni.

Tapi yang menariknya aku terjumpa poster PARK SHIN HYE is coming Malaysia this October. Aku pun tergamam teruja dan tengok tarikh konon nya nak save date lah.

Event day : Yaumul Jumaah

Time : 4:30 petang

Place : Oval Concourse, 1 Utama Shopping Mall

Tergerak dalam hati ni macam nak pi sana. Tapi takkan aku sorang je kot budak ( baca:DQ)  yang tergila gila nak pegi sana. So, batallah hasrat tu lagipun petang tu janji dengan ustaz nak tasmi'. Tapi sebelum Jumaat tu ada kawan aku cakap dia nak pegi tengok park shin hye. Eh ? yeke. Jom ! aku join.

Terjoin sekali hm. Jadinya semua janji janji tadi terpaksa dibatalkan. hahah aku tau apa dalam pikiran masing masing.

Park Shin Hye atau dikenali sebagai Dr. Yoo hye jung sebagai pelakon utama bersama dengan Kim Rae Won dalam drama DOCTORS. So kami pun terhegeh hegeh ke 1 utama semata mata nak jumpa artis korea ni. Yelah kan, selama ni aku tengok dalam tablet je drama drama yang dia belakon,tapi harini ada peluang untuk tengok secara live. huuuuww

Sampai kat sana dalam pukul 5 petang pastu daebak ramai gila orang. Tapi sebelum tu kami rasa macam tersesat jugak lah dekat 1 utama sebab nak cari oval concourse. Bukan kecik mall tu huh. 
Bermulalah kisah kami tercegang di sekitar depan lif nak tunggu park shin hye ni keluar dari lif. Siap sedia dengan kamera bagai untuk rakam.

Akhirnya selepas sejam setengah tercegang kat situ, baru lah keluar jeng jeng jenggg


waktu ni dia baru nak naik pentas 



Bising gilaa. Semua pakat nak sorak PARK SHIN HYE WUUUUUU *lebih kurang bunyi sorak*  . Seriously aku terpaku terpana terpikat terusik eh eh lebih lebih. Ye dia lebih cantik dalam dunia nyata berbanding dalam dunia drama. Dia datang sempena launching Mamonde in Malaysia. Mamonde tu alat solek mekap Korea yang terbaru je menembusi pasaran di Malaysia. Park Shin Hye lah dutanya. Tapi aku yakin 100% yang datang petang tu bukan nak tengok Mamonde tu, tapi nak tengok park shin hye nih.


Komen orang ramai masa dekat sana pun kata yang dia ni sangat lawaaaa berbanding dalam drama. Mungkin salah satu faktor dia jadi duta Mamonde sbb dia ni natural beauty. Maksud nya takda dan tak pernah buat pembedahan plastik.

Mamonde in Malaysia Launching by Park Shin Hye


Gambar kat atas ni time tukar tukar bunga dengan V.I.P. Malangnya time launching ni dia dah separate antara VIP/MEDIA dan orang awam. Dan aku sebagai orang awam yang berjaya, so aku boleh tengok dari jauh jaa. Cuma time depan pintu lif tu je boleh tengok secara dekat.


Ye nampak sikit je kat bawah  sebab tu tempat VIP/MEDIA ja. Ada polis yang jaga pintu masuk


Bukan sikit tau yang datang dekat oval concourse, penuh semua ketiga tiga tingkat nak tengok park shin hye nih. Penuh , dah la waktu tu Maghrib hehe


Ramai sangat. Yang aku pun semangat nak tangkap gambar

Flower Day with Mamonde


Sebelum dia datang, Dr Hong aka Kim Rae Won pun datang untuk event bersama Fans Malaysia.


Kata orang dia ni senyum tak lekang dari bibir. Senyum je memanjang program. Dia ni datang 3 hari, tapi park shin hye 1 hari je. terus balik Korea.

Tak lupa juga tau dengan Song Ji Hyo yang datang ke Malaysia sebagai duta kedai Korea yang pertama di Malaysia. Nampaknya dah semakin ramai artis korea yang nak datangg ni.

time ni aku aku ada kelas. so tengok on9 je lah

Dengar Khabar angin nnti bulan 11 ada sorang ahli Running Man, Lee Kwang Soo akan datang ke Malaysia untuk memfilemkan Runningman tak silap rasanya dengan running man Malaysia. So apa lagi, staay tuned untuk bulan 11 ni tau. Dah terubat rasanya untuk jumpa artis korea huw haha.


Ok stakat ni dulu untuk cerita kali ni memandangkan dah tersangat lewat.

Masa : 2:51 a.m

Hari : Isnin


Semoga kita berjumpa lagi di dalam post post yang akan datang :)








Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy