Friday, July 15, 2016

#TEAM RAYA

Assalamualaikum


Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya everybodeh !

Makan tu makan lah ye , tapi berpada pada ingat kalori . Haritu aku ada pak sedara ni Dr. , nak cakap kat sini dia punyalah jaga kesihatan dia sambil makan kira kalori haha kalau aku memang tak lah .

Selamat Hari Raya dari kami 


 Masa ni lah jugak nak mintak ampun dengan mak ayah dengan dosa dosa dulu kan ? Yela mana tahu dulu mak ayah suruh solat kau lari , mak ayah suruh tolong dia kau buat buat tak dengar heh . takpa semua tu semua perangai masa kecik . Kita kan dah besar , mesti tak buat semua tu . Tapi kita perlu mintak maaf jugak sebab memang kita pernah meninggikan suara kat diorang or etc . (sebenarnya tiap2 hari buat dosa dan tiap2 hari perlu mintak maaf sebenaqnya kan)

 Ok habis part tuh


 Harini dapat mesej dari kawan  katanya nak ajak aku pegi beraya kat rumah cikgu cikgu dan kawan kawan . Start pukul 11:30 a.m sampai 8:30 p.m . wuuu lama gila pegi beraya .

TEACHER TO BE

Rumah pertama jadi habuan kami kali ni di Padang luas , Jertih . Rumah Syazwan aka w.e.e.e. *nada kiut*  kitorang pi sana tanpa dirancang tapi memandangkan rumah dia dah sekitar tempat kami , so apa salahnya kami pi sana dulu kan. Rumah bakal cikgu katakan .




PHOBIA HOUSE

Rumah phobia . hehe bukan sebab rumah tu berhantu ke apa tapi ni lah rumah cikgu subjek yang aku paling seram huh ADDMATH . memang dari dulu aku ni kurang skit subjek ni tapi lastly Alhamdulillah result tu tak teruk sangat . peace yo



OPEN HOUSE 
Lepas lepak kat sana , kitorang pegi rumah di Pantai Air Tawar sebelah Hotel Primula . Open house katanya, jadi pintu rumahnya terbuka luas lah . k tak lawak . Minum air + makan skit pastu blah ke rumah seterusnya .



ADRENALINE HOUSE

Rumah teacher Halisa . Biologos teacher. Mendidik anak-anak murid dengan kasih sayang dan teacher yang sporting . Hipster. heh Lama jugak lah kat sini sbb kena temubual dengan cikgu . Habis ditemubual , kami pulak yang temubual cikgu tanya pasal sekolah tahun ni macam mana budak budak SPM . Katanya baik baik aja . Biasalah banyak orang banyak ragam.





AL-ARABI BAITI


Kunjungan terakhir kami ialah di rumah ustaz Hadi AL-arabi. Mengajar kami arab bukan suatu benda yang mudah . Datangnya i'rab , masdar , naat semua tu fuhh perlukan kesabran yang tinggi. Dengan karangan arabnya lagi panjang lebar tapi kitorang hafal je beberapa karangan contoh dan ada yang buat karangan sendiri.Aku masih jauh ketinggalan untuk buat karangan sendiri.Dan habis je spm segala arab arab ni aku letak dalam history yang mungkin aku tak dapat jejak lagi. 







Akhirnya aku pulang dengan demam. Kenapa ? sebab gelak tak henti henti . hah serius weh. Lama x jumpa mestilah banyak omomg kosong yg dibualnya . Takpa , orang kata kenangan lahkan.mana tahu tahun ni tahun terakhir aku raya *peace yo*


Akhir kalam?    kata, Selamat hari Raya Aidilfitri walaupun dah terlambat sangatt dan nak update pun tak sempat sbb sibuk skit. Dan Maaf Zahir dan Batin !

Ok.choww dulu

















































No comments:

Post a Comment

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy