Friday, July 15, 2016

See You Soon

Assalamualaikum


Harini gagahkan diri utk buat entri sebb esok nak balik kampung. Memang tak update lah kalau kat kampung. Internet memang hampas.


Entri ni memang khas untuk kawan aku yang baru nak travel study bawahlaut  oversea. Semalam aku dan beberapa kawn yang lain hantar dia kat airport Pengkalan Chepa. Ramai woo kat sana. Atuk Nenek Mak saudara Ayah Saudara serta anak anak memang ramai. Dia yang first skali study abroad batch kami. Memang feeling lah huhu.


Transit KLIA2


Masa jumpa tu borak skit pasal camne dia boleh mintak study oversea lps spm. sebab aku pun tahu yang boleh pegi study oversea sndiri tapi tak tau cara nak pegi tu. Dia pegi dengan travel ASH-HAR, tanggungan sendiri tapi bawah Yayasan Islam Kelantan(YIK). Cuma tu sebgai ajen je. Yuran semua tu sendiri punya wang lah. 



Nama panggilan : Jib
Universiti Al-Azhar, Cairo
Kuliah Ulum Islamiyah


Dalam 50 orang kot yang pegi atau kurang lagi. Dari airport pc hanya 16 orang je tapi kat klia 2 dalam 20 lebih katanya lah.tak pasti. Tengok kawan2 pegi luar negara,hati tu nak jugak tapi mak suh duk lekloq dalam negara.Jangan pi mana mana. Tapi kalau jadi, memang fly ke Indon lah aku.

Airport pc sebelum ke klia 2.mampu hantar kat sini je bersama mak ayah dia.



Masa belajar kat sana hanya 5 tahun dah dapat degree. Kalau kat luar negara, diorang takde asasi macam kita. 5 tahun tu direct blajar degree dan boleh balik mlaysia. Cuti macam mana ?
nanti dia balik tengah tahun depan. cuti 3 bulan.tapi biasanya student oversea dia balik lambar sebab pegi jalan jalan kat negara dekat dekat tu. Yelah, alang alang dah dekat,kenapa tak pergi ? lagipun tiket murah berbanding tiket flight dari malaysia ke negara timur @ seumpamanya. Duit tu pandai pandai cari . Lagi best kalau dpt biasiswa dari kerajaan, memang kaya lah.

pengiring klia 2 : student usim ; ipg bangi ; uia . kakak dia pun ada kat sbelah tu.



Masa dia masuk dlm balai pelepasan tu, rasa macam sedih tiba tiba. Tadi taknak sedih. Mungkin nnti berjauhan pastu jarang balik.kalau balik entoh lah boleh jenguk muka ke tak. masing masing sibuk.
aku ingat aku sorang je sedih,rupannya yang lain pun sedih bila masuk keta masing masing cakap sedih dan rindu.Sebab rindu mungkin kami dah 5 tahun kenal dan lalui bersama sama masam + manis + pahit di sekolah. pastu tiba2 dah ke luar negara. Tu kot jadi sedih.

Selamat maju jaya jib ! 




Kalau sempat, tunggu aku datang ahahah . InsyaAllah. Mana tau ada rezeki kan.terharu aku tengok kawan kawan yang support nak hantar dia.Ni katakan ukhuwwah. Dari jauh jauh sanggup datang semata mata nak support dia. Belajar elok elok jangan hampakan ibubapa dan keluarga.Jadu ustaz yang thorbaik !


airport pc > klia2 > istanbul > egypt

balai pelepasan klia2. tengah tangkap gambar dari bawah  seblum fly.

Nasihat Imam Syafie rahimahullah :

“Tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara.

(i) kecerdasan

(ii) semangat

(iii) bersungguh-sungguh

(iv) memiliki kewangan

(v) tunjuk ajar guru dan

(vi) masa yang panjang


Antara ucapan dlm instagram kepada @najibshukri



Ketika kaki mula lemah untuk meneruskan langkah, itu petanda niat asal ketika memulakannya mula goyah.!

Perbaharui niatmu,

InsyaAllah kaki mu akan kuat kembali.kerana musafir panjang ini adalah perjalanan hati bukan perjalanan kaki.

Selamat menuntut ilmu di negara orang. Fi Hifzillah.

بالتوفيق والنجاح

كلية العلوم الاسلامية بجامعة الازهر .

سفرا سعيدا

تباركالله .


Kami turut menumpang bangga, kawan.

Have a safe journey



p/s:next fly : muzakkir & hazim & rifqi & iqbal & ullys & farahin & syuhada dan ramai lagi.






















5 comments:

  1. ehh kawan saya pun ramai je yang baru pergi mesir under yik jugak.May Allah ease their journey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang ramai.x silap ada 3/4 group ke mesir bawah yik

      Delete
  2. Alahai syahdu pula baca entri ni... Moga Allah permudahkan urusan Jib di sana nanti. Moga yang lain-lain pun ada peluang, ruang dan rezeki menyambung pengajian. Selamat maju jaya, Jib.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah. Syukur kawan awak dapat melanjutkan pelajaran ke sana. Insyallah. Nanti ada peluang untuk awak pula ye. Belajar mana-mana okay je asalkan niat belajar dan kesungguhan itu ada :)

    Btw, tq singgah dan follow blog siqah. Done follow #41 :)

    ReplyDelete
  4. syahdu sungguh. inshaaAllah ad rezeki, mu pun boleh fly obersea.

    ReplyDelete

Copyright© 2016 - 2017 reserved to Abdulwafiy