Adakah anda masih lagi mengingati Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha? Ya, beliau adalah angkasawan pertama dari Malaysia yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Jadi, aku ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa fakta menarik tentang ISS ini. Jom baca di bawah ini.
1. Telah Beroperasi Selama 12 Tahun
Stesen ini telah beroperasi secara
berterusan selama 12 tahun dan 172 hari, setelah melangkaui rekod
operasi stesen angkasa lepas sebelum ini iaitu Mir selama 10 tahun
(3,634 hari) pada tahun 2010. Stesen ini juga sering diservis oleh kapal angkasa Soyuz,
kapal angkasa Progress, Automated Transfer Vehicle, H-II Transfer
Vehicle dan kapal angkasa Dragon. Ia juga telah dikunjungi oleh para
angkasawan dari 15 buah negara yang berbeza.
2. Terdapat 5 Agensi Angkasa Lepas Yang Bertanggungjawab Terhadap ISS.
Program ISS adalah program bersama antara
lima agensi angkasa lepas iaitu NASA, Agensi Angkasa Lepas Persekutuan
Rusia, JAXA, ESA dan CSA. Pemilikan dan penggunaan stesen angkasa lepas
ini telah diwujudkan oleh perjanjian antara kerajaan. Stesen ini
telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu segmen orbit Rusia (ROS)
dan segmen orbit Amerika Syarikat (USOS) yang dikongsi oleh banyak
negara lainnya.
3. Stesen Angkasa Lepas Generasi Ketiga
Reka bentuk ISS ini telah direka mengikut
reka bentuk siri Salyut dan Almaz, Cosmos 557, Skylab dan Mir sebagai
sebuah stesen angkasa lepas prototaip ke-11 yang dilancarkan. ISS
merupakan stesen angkasa lepas modular generasi ketiga.
4. Makanan Dalam Bekas Plastik
Kebanyakkan makanan di atas stesen ini telah diletakkan dalam bungkusan plastik yang telah divakumkan. Makanan dalam tin menelan belanja yang sangat mahal dan terlalu berat untuk diangkut,
oleh itu bilangannya di ISS sangat berkurangan. Makanan yang
terpelihara seperti ini secara umumnya tidak dipandang tinggi oleh
anak-anak kapal dan apabila digabungkan dengan kekurangan rasa dalam
persekitaran mikrograviti ini, mereka perlu menggunakan usaha sendiri
bagi menjadikan makanan tersebut bertambah sedap.
5. Tidak Boleh Mandi Di ISS
ISS tidak mempunyai sebarang bilik mandi
sebaliknya, anak-anak kapal akan mencuci badan mereka dengan menggunakan
jet air dan kain lap basah dengan sabun yang diletakkan di dalam bekas
seperti tiub ubat gigi. Anak-anak kapal juga dibekalkan dengan sabun
tanpa bilas dan ubat gigi yang boleh dimakan bagi menjimatkan air.
6. Bekalan Kuasa ISS Dibekalkan Melalui Lapisan Kaca Photovoltaic.
Panel kuasa solar atau dikenali sebagai
Photovoltaic arrays yang mempunyai dwi-permukaan menyediakan kuasa
elektrik untuk ISS. Sel-sel bifacial ini lebih cekap dan mampu
beroperasi pada suhu yang lebih rendah berbanding sel tunggal yang
kebiasaannya digunakan di Bumi. Ia juga mampu mengumpul cahaya matahari dan cahaya yang dipantulkan oleh Bumi pada masa yang sama.